Selasa, 1 Februari 2011

Disebalik nama Rufaydah Al-Alamiyyah

Dicatat oleh Rufaydah Al-Aslamiyyah di Selasa, Februari 01, 2011
Rufaydah Al-Aslamiyyah merupakan sebuah hospital yang berbentuk khemah. Hospital Rufaydah Al-Aslamiyyah ialah hospital pertama orang Islam yang dibina pada zaman Rasulullah s.a.w.
Khemah ini dibina oleh seorang serikandi terbilang, Rufaydah Ka'ab Al-Aslamiyyah. Beliau mempunyai ilmu perubatan dan telah mewakafkan dirinya untuk membantu umat Islam yang memerlukan bantuan, terutama tentera yang mengalami kecederaan sewaktu perang.
Rasulullah s.a.w menganugerahkan kepada Rufaydah sejumlah harta rampasan Perang Khaibar sebagai mengiktiraf sumbangan Rufaydah dan saudara beliau yang bernama Ku'aibah dalam merawat tentera Islam yang tercedera.

Sumber/ Penulis:  Ustazah Norsaleha, pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS)/ sudut rencana “Rehal”, Sinar Harian.

0 ulasan on "Disebalik nama Rufaydah Al-Alamiyyah"

Catat Ulasan

Sebuah Pertemuan

Sebuah Pertemuan

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

 

Rufaydah Al-Aslamiyyah Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Sponsored by Blogger Template Gallery