Perkongsian di Group FaceBook 'Berkasih Sayang Kerana Illahi (BSKI) - Hanya Untuk Muslimah Sahaja'
Post By Sofea Az-Zahra' - Admin group
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; “Tidak sempurna iman seseorang itu, sehingga dia mengasihi saudaranya, sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.” (Hadis riwayat Muslim).
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menghormati tetamunya. Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia menyambung silaturahim.” (Hadis riwayat Bukhari).
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Perkongsian buat sahabat-sahabat sekalian
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
ANDAI INGIN BERTEMAN.....
Apabila kau ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya
Andai kau ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya
Andai kau ingin sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya.
Andai kau ingin seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin kan menyalahkannya.
Andai kau ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa
Jangan diharapkan sempurna
Kerana kau juga tidak sempurna..
Tiada yang biasa-biasa
Menjadi satu yang sempurna.
Tapi bersahabatlah kerana Allah
Bersahabatlah kerana aqidah Islam
Bersahabatlah kerana kita saudara fillah,
Yang sama-sama dinaungi Islam InsyaAllah...
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
5 CARA MEMILIH SAHABAT DALAM HIDUP.....
Pertama: Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan...
Kedua: Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
Ketiga: Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
Keempat: Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Kelima: Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
"Di sekitar Arsh ada menara2 dari cahaya. Didalamnya ada orang-orang yg pakaiannya dari cahaya & wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi & syuhada tapi para nabi & syuhada iri pada mereka. "Ketika ditanya oleh para sahabat, siapa mereka? Rasulullah SAW menjawab, "Mereka adalah orang-orang yg saling mencintai kerana ALLAH, saling bersahabat kerana ALLAH & saling berkunjung kerana ALLAH." (HR.TIRMIDZI)
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
KALAU SUATU HARI
KALAU SUATU HARI AWAK NAK MENANGIS, BAGITAU SAYA………
SAYA TAK JANJI NAK BUAT AWAK TERSENYUM, TAPI SAYA BOLEH MENANGIS BERSAMA AWAK……
KALAU SUATU HARI AWAK ADA MASALAH, BAGITAU SAYA………
SAYA TAK JANJI NAK BAGI AWAK PENYELESAIANNYA, TAPI AWAK BOLEH KONGSI DENGAN SAYA………………..
KALAU SUATU HARI AWAK MAHU BERJALAN PERGI, BAGITAU SAYA…….
SAYA TAK JANJI UNTUK HALANG AWAK PERGI, TAPI SAYA BOLEH BERJALAN BERSAMA AWAK……
KALAU SUATU HARI AWAK PERLUKAN SESEORANG UNTUK MENDENGAR CERITA AWAK, BAGITAU SAYA……
SAYA JANJI AKAN SENTIASA ADA UNTUK AWAK…….
TAPI, KALAU SATU HARI AWAK PERLUKAN SAYA DAN SAYA SuDAH TIADA…….
MUNGKIN KERANA SAYA SUDAH PERGI……….
TAPI AWAK TETAP DI HATI.. SAMPAI BILA2… ^__^
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Post By سريکاندي إسلام
seindah perhiasan di duniawi ni adalah wanita solehah :)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
.::"Ukhwah yg terbina bukan kuntuman BUNGA tp persis TASBIH..ada awal tiada penghujungnya..dibuat utk mengingatiNYA..dicantum dgn cntaNYA..& diratib demi redhaNYA.."::.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat." ~ Pepatah Arab
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
I LOVE MY HIJAB~ ♥ ♥ (~^___^~)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
wahai PUTERIKU...demi ALLAH...
Jgn engkau percaya t'hadap kata2 SEBAHAGIAN lelaki....
Bahawa mereka memandangmu kerana AKHLAK & ADAB...
Bicara denganmu seperti SAHABAT...
Dan apabila b'cinta dgnmu seperti teman akrab...
Sebenarnye mereka BOHONG!!
jika engkau mendgr sendiri bualan mereka...
Pasti engkau takut & ngeri...
Hanye d tgnmu pintu segala kebaikan...
Bukan d tgn kaum lelaki....
~nnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn~
0 ulasan on "Post 22 Januari 2011"
Catat Ulasan