Jumaat, 8 April 2011

Inilah permulaan kepada pencarian Stargate.

Dicatat oleh Nur di Jumaat, April 08, 2011

Post By Zul Nurain

Selepas mengetahui serba sedikit tentang tipudaya Yahudi dan gambaran kasar tentang tugas para Nabi menyambung rahsia Nama-Nya,kita akan mempelajari usaha The Hidden Hand yang menggunakan 'dark force' bagi menentang usaha Kalimah Allah ditegakkan di atas muka bumi.Kita akan menyelusuri satu demi satu kepercayaan mereka tentang 'dark force'.

-M.O

Bunga seroja kamar diraja

permaidani Ishtar biru laksana

adinda merajuk

hingga beradu

kekanda memujuk

tak pernah jemu

Lela rentaka di seberang muara

Kuda Nibiru Raja Akheros

merajuk dipujuk mainan cinta

tanda kasih kekal berpanjangan

Adinda merenung

Bima Andika

di atas langit terhampar megah

kekanda membelai

adinda tersenyum

di celah rembulan

di Pagar Bintang

Kita tahu bahawa seluruh alam ini dipenuhi tenaga.Tenaga cahaya,haba,elektrik,elektromagnet sekadar menyebutkan beberapa contoh,bersimpang-siur di sekeliling kita.Di dalam diri kita juga tersimpan banyak tenaga dan malah merupakan satu penjana tenaga!Menurut kajian sains kimia dan minda,di dalam diri manusia tersimpan tenaga elektrik yang mampu menjana beribu-ribu watt!Di dalam diri manusia juga mampu menjana tenaga haba dengan sendirinya.Bagaimana ini boleh berlaku?

Beribu-ribu tahun dahulu,menurut kepercayaan kaum Elit dalam Freemason...terdapat satu peradaban agung yang bijak menggunakan tenaga dan memanipulasikan tenaga,di bumi ini.Menurut kepercayaan mereka lagi,di bumi terdapat poin-poin rahsia yang menjadi terminal pengumpulan tenaga-tenaga ini,sama seperti poin-poin teburan galian mineral.Taburan 'pusat-pusat tenaga' ini berselerakan di muka bumi dan mereka percaya,manusia-manusia sebelum mereka seperti Tamadun Mesir Purba,menggunakan rahsia poin tenaga ini bagi membangunkan tamadun mereka.Malah digunakan juga oleh makhluk-makhluk sebelum manusia!

Kepercayaan terhadap kewujudan tenaga tersembunyi ini,kami namakan sebagai,

Kepercayaan StarGate

”Wahai sekalian jin dan manusia! Jika kamu sanggup melintasi semua penjuru langit dan bumi, maka lintasilah. Namun kamu tidaklah akan dapat melintasinya kalau tidak dengan kekuatan.” (Ar-Rahman ayat 33)

Apakah StarGate?Menurut fahaman fiksyen sains dan filem-filem Hollywood,Stargate adalah portal yang boleh memendekkan perjalanan antara galaksi,planet atau bintang.Ia bertindak seolah-olah 'wormhole'.Ada juga yang menggabungkannya dengan 'time travel'.Namun Stargate lebih popular digunakan ke atas terma jarak dan terasing dari premis masa.

Kadangkala Stargate ini digabungkan dengan kepercayaan pelbagai agama,terutamanya agama pagan Sumeria,Babilon dan Mesir Purba.Ini sudah tentu kerana agama menyembah syaitan dan nafsu Freemason mengambil silibus agama syaitan mereka dari ketiga-tiga kaum pagan ini.Kita akan bincangkan perkara ini nanti.

Kajian sains kini mendapati alam semesta kita ini tidak statik,tetapi 'bergerak' atau 'hidup'.Alam semesta ini ibarat satu 'hidupan' lain yang mempunyai nyawa.Hidupan lain yang di dalamnya juga terdapat makhluk-makhluk bernyawa yang lain.Nyawa di dalam nyawa.Kajian sains juga mendapati alam semesta ini 'memecut' dalam kelajuan yang lama-kelamaan akan mencapai ketidakseimbangan atau di luar kawalan.Apa yang dikatakan kiamat pasti akan terjadi atau istilah saintifiknya 'The Big Freeze'.Dahulu kita selalu mengatakan apabila bumi akan musnah apabila dihempap meteor atau akibat perang nuklear,kita akan berpindah ke planet lain,selalunya Marikh dipilih dalam khayalan ini.Namun para saintis sukar untuk menyembunyikan bahawa 'The Big Freeze' ini rupa-rupanya melibatkan seluruh alam semesta yang bermula dari 'The Big Bang'.Selepas menimbangkan pelbagai parameter,para saintis memikirkan bahawa kemungkinan untuk menyelamatkan manusia dari kemusnahan ini melalui cara 'menyerap ke alam yang berselari' (parallel universe)!

Di dalam mitologi Norse,Ragnarok iaitu 'takdir para dewa-dewa' (kisah 'kiamat' versi Norsemen) bermula apabila bumi terperangkap di dalam satu ruang beku seperti ragum yang menelan bumi tadi.Langit sendiri telah membeku sebagai akibat terkorbannya para dewa di dalam pertempuran dengan kuasa kejahatan berbentuk ular dan serigala.Kegelapan abadi menyelimuti tanah yang membeku itu di mana matahari dan bulan telah ditelan habis.Odin,bapa para dewa akhinya mati dan masa dengan sendirinya musnah.

Apakah perkaitan antara mitos orang Norse ini dengan apa yang akan berlaku?

Sejak kerja-kerja Edwin Hubble pada tahun 1920-an,para saintis telah pun tahu bahawa alam semesta ini mengembang,namun kebanyakannya percaya bahawa pengembangan menjadi perlahan selaras dengan usia alam ini.Pada tahun 1998,para astronomi di Makmal Nasional Lawrence Berkeley dan Universiti Nasional Australia telah membuat pengiraan kadar pengembangan melalui kajian berdozen letupan supernova yang dasyat di dalam galaksi-galaksi jauh,yang mana mampu 'meringankan' seluruh alam semesta.Mereka harus tidak begitu mempercayai data-data mereka sendiri.Satu tenaga yang tidak diketahui telah memaksa galaksi berpecah,menyebabkan pengembangan alam semesta,memecut pantas.

Brian Schmidt iaitu salah seorang dari ketua saintis terbabit mengatakan bahawa semua ini seolah-olah tidak masuk akal walaupun mereka telah memeriksa semua data.Beliau keberatan untuk memberitahu oang ramai bahawa manusia akan menghadapi 'pembunuhan beramai-ramai'!.

Ahli Fizik kembali mengkaji dan sedar bahawa suatu 'tenaga gelap' (dark energy) dari asal-usul yang tidak diketahui,seakan-akan sama dengan teori Kosmologi Konstan Einstein,telah bertindak sebagai daya antigraviti.Pada masa yang sama,ruang kosong itu sendiri mengandungi cukup tenaga gelap ini untuk memusnahkan alam semesta.Lebih luas alam semesta mengembang,maka lebih banyak tenaga gelap ini akan membuatkan ia mengembang lebih pantas,membawa kepada mod pertumbuhan eksponen yang tidak terkawal.Pada tahun 2003,keputusan yang menakjubkan telah disahkan oeh satelit WMAP(Wilkinson microwave anisotropy probe).Mengorbit berjuta-juta batu dari bumi,satelit ini mengandungi dua taleskop yang berupaya mengesan radiasi gelombang mikro yang mana menyelubungi alam semesta.Satelit ini telah memberikan kita gambaran alam semesta ketika masih menjadi 'bayi' kira-kira 380,000 tahun dahulu.

Satelit WMAP telah menyelesaikan (mengikut andaian saintis setakat ini) persoalan yang memakan masa lama untuk dijawab tentang usia alam semesta:ia berusia 13.7bilion tahun(termasuk ralat ketepatan).Lebih mengesankan,data menunjukkan bahawa tenaga gelap ini bukannya kebetulan atau muncul secara tiba-tiba,tetapi telah pun memenuhi 73 peratus dari bahan dan tenaga alam semesta.Bagi merumitkan lagi misteri,data menunjukkan 23 peratus dari alam semesta terdiri dari 'bahan gelap'(dark matter),satu bentuk bahan yang tidak dapat dikesan oleh pancaindera biasa namun masih mempunyai berat.

Hidrogen dan helium membentuk 4 peratus,ketika elemen-elemen lebih tinggi termasuk manusia dan bahan-bahan fizikal yang mampu disentuh oleh pancaindera kita hanya membentuk 0.03 peratus.Tenaga gelap dan kebanyakan bahan gelap tidak mengandungi atom-atom,yang mana bermakna bertentangan dengan apa yang dipercayai oleh pemikir Yunani Purba,dan diajar di kesemua kursus kimia moden bahawa,majoriti alam semesta terbuat dari atom-atom.

Dalam kes ini,ia berlaku sebaliknya,majoriti alam semesta bukan diperbuat dari atom!

Sebagaimana alam semesta mengembang,kandungan tenaganya tercair dan suhunya menuju ke arah hampir sifar,di mana atom-atom berhenti bergerak.Satu daripada hukum Fizik ialah Hukum Kedua Termodinamik yang mana menyatakan di mana setiap benda terlenyap,jumlah 'entropi' (kemusnahan) di dalam alam semesta akan meningkat.Ini bermakna besi berkarat,tubuh kita yang mengalami penuaan,tamadun-tamadun yang musnah,bintang yang kehausan bahan apinya dan alam semesta sendiri yang akan musnah,dan suhu akan jatuh secara seragam selari dengan semua kemusnahan ini,mendekati sifar.Ini bermakna setiap kemusnahan atau kematian manusia mahupun binatang menyumbang kepada proses 'pembekuan alam semesta'.

Para saintis sekular dan pemikir Materialisme berpendapat walaupun termodinamik dan hujah kosmologi (ya,sudah pasti pandangan agama) mengatakan setiap kehidupan di alam ini akan menemui kematian,di sana masih ada pengecualian.Masih percaya dan berpandukan Hukum Evolusi Darwin yang sudah habis tarikh luput,mereka berpendapat apabila persekitaran berubah secara radikal,kehidupan mesti menyesuaikan diri,berpindah atau mati.

Pilihan pertama seolah-olah mustahil.

Pilihan terakhir sebenarnya bukan pilihan.

Ini meninggalkan kepada mereka satu pilihan:Meninggalkan alam semesta.

String Theory dan Stargate

Walaupun konsep meninggalkan alam semesta ini untuk memasuki alam lain nampak gila,mereka percaya di sana tiada hukum Fizik yang melarang untuk memasuki 'parallel universe'.Teori Relativity Am Einstein membenarkan kewujudan 'wormhole' atau jalan pintas untuk ke 'parallel universe',adakalanya dikenali sebagai Einstein-Rosen Bridges.Namun ia masih tidak diketahui sama ada pembetulan kuantum akan membuatkan perkara tersebut satu kemungkinan atau tidak.

Para Elit Illuminatus percaya,jika Lucifer gagal untuk menentang Eli (Allah,iaitu Tuhan yang mahu dikalahkan oleh Lucifer dan Antichrist) dan terjadi Kiamat (Endgame-'codename' bagi berakhirnya tempoh Iblis menyesatkan anak Adam),maka mereka akan menyerap ke 'parallel universe' sebagaimana para Jin ketika turunnya Nabi Adam dan Siti Hawa ke Bumi.

Sabar...kita akan mengembara lagi ke dalam imaginasi mereka.

walaupun sekali dipertimbangkan idea yang diluar pemikiran manusia,konsep 'kepelbagaian-alam' di mana alam kita wujud bersama-sama dengan 'parallel universe' yang tidak terkira banyaknya.Ini telah menarik perhatian ramai pengkaji dari pelbagai arah.Pertamanya teori yang konsisten dengan data-data WMAP ialah berkaitan dengan 'Teori Pengembungan' telah diajukan oleh Alan Guth,penyelidik dari MIT pada tahun 1979.Ia mencadangkan pengembangan 'turbo-cas' pada alam semesta pada permulaan masa.Teori Pengembungan Alam begitu kemas menerangkan beberapa 'misteri degil' termasuk kerataan dan keseragaman alam semesta.

Namun semenjak ahli Fizik masih tidak mengetahui apa yang menggerakkan proses 'pengembungan alam semesta' secara pantas,di sana masih meninggalkan peluang,ia akan terjadi sekali lagi,di dalam kitaran yang tiada berakhir.Ini adalah idea Andrei Linde dari Universiti Stanford,yang mana 'ibu bapa' alam semesta akan 'melahirkan' anak-anaknya.Ini sama lah seperti bebelon sabun yang membentuk 2 belon buih sabun yang kecil.

Namun apa yang menyebabkan 'Big Bang' dan memandu kepada pengembangan ini?

Soalan yang tidak pernah terjawab.Sejak persoalan Big Bang begitu menarik perhatian,saintis telah meninggalkan Teori Relativiti Am yang mana telah membentuk asas bagi semua kosmologi moden.Teori Relativiti Am Einstein telah musnah dalam Big Bang,dan tidak mampu menjawab persoalan teologi dan falsafah yang dibangkitkan berkaitan perkara ini.Untuk menyelesaikan perkara ini,kita mesti menggunakan Teori Kuantum iaitu satu lagi teori terhebat di abad ke-20 yang mana 'mengetuai' Fizik Atom.

Apa yang kita kurang tahu,Teori Relaviti Einstein dan Teori Kuantum adalah berlawanan!

Kuantum menjelaskan dunia yang teramat kecil,dunia subatomik seperti elektron dan quark.Teori Relativiti pula berkisar dunia-dunia gergasi seperti persoalan 'Black Hole' dan 'Big Bang'.Relativiti,walaubagaimanapun tidak mampu menceritakan tentang Big Bang berkenaan pengaruhnya pada dunia subatomik,padahal pengaruh Big Bang mesti diterangkan dari dunia subatomik.Barulah selepas itu kita tahu kesannya pada galaksi dan planet-planet.Di dalam hal ini,para saintis pening memikirkan bagaimana untuk mengaitkan kesan radiasi pada graviti sebagaimana kita mahu menghubungkan penerangan dari segi kuantum ke atas graviti.Cabaran paling besar dalam bidang Fizik ialah mencantumkan kesemua teori ini ke dalam satu teori tunggal.Teori tunggal yang mampu menjelaskan semua fenomena alam semesta;dari sekecil-kecilnya sehingga yang sebesar-besarnya.

Saintis Fizik kini berlumba-lumba membangunkan apa yang dinamakan 'Teori Segalanya' (Theory of Everything).SEbenarnya banyak cadangan telah diajukan sejak berdekad-dekad yang lepas,namun kesemuanya tidak tetap hujahnya atau tidak sempurna.Apa yang pasti,perkara yang memimpin semua ini,secara faktanya,adalah String Theory.

Anda boleh membaca tentang String Theory dalam siri The Matrix (Matrix07-Matrix08).

Asap mampu mengembang dan memenuhi ruang tanpa hilang ke dalam hiperuang,iaitu dimensi yang lebih tinggi,jika ia wujud sebenarnya ia lebih kecil dari atom-atom.Jika dimensi lebih tinggi lebih besar dari sebiji atom,kita pasti melihat atom-atom secara misteri teralih dan hilang ke dimensi lebih tinggi,di mana penglihatan kasar kita tidak melihatnya.

Jadi saintis berpendapat apa yang dinamakan DIMENSI LEBIH TINGGI sebenarnya lebih kecil dari sebutir atom!

Bayangkan dua keping kertas yang berselari,satu berwarna hitam dan satu berwarna putih.Jika seekor semut hidup di atas setiap keping kertas,masing-masing akan memikirkan kertas itu adalah seluruh alam semesta,tanpa mengetahui terdapat lagi alam lain berdekatan dengan mereka.Secara faktanya menerusi kes ini,alam lain itu tidak nampak atau halimunan,semut pada kertas putih tidak tahu ada semut lain yang duduk di atas 'alam' lain iaitu kertas hitam.Setiap ekor semut tadi hanya tahu dunianya sahaja tanpa mempedulikan kenyataan bahawa ada 'alam' lain hanya beberapa inci darinya.Samalah seperti alam semesta kita yang merupakan satu membran yang terapung di dalam 11 dimensi hiperuang,di mana kita tidak tahu ada 'alam yang berselari' berdekatan dengan kita!!

Inilah penangan String Theory.

Jadi String Theory mendakwa ketika Big Bang,alam semesta ini yang asalnya satu,telah berpecah kepada berinfiniti 'parallel universe'!

Nampaknya ada 'semut' lain yang duduk aman di atas 'kertas' lain tanpa pengetahuan kita!

Ini memimpin kepada idea untuk mencari dimensi yang lebih tinggi...

Memimpin kepada mencari portal ke 'parallel universe'...

Mencari poin-poin tenaga...

Membina piramid!

Inilah permulaan kepada pencarian Stargate.

0 ulasan on "Inilah permulaan kepada pencarian Stargate."

Catat Ulasan

Sebuah Pertemuan

Sebuah Pertemuan

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

 

Rufaydah Al-Aslamiyyah Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Sponsored by Blogger Template Gallery