yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah..
yang jiwanya penuh penghayatan terhadap islam..
yang sentiasa haus dengan ilmu..
yang sentiasa dahaga akan pahala..
yang solatnya adalah maruah dirinya..
yang tidak pernah takut untuk berkata benar..
yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu..
Muslimah solehah adalah muslimah yang menjaga tuturkatanya..
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya..
yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang..
yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarganya..
yang bakal menjaga kerukunan rumahtangganya..
yang hidup penuh kesederhanaan..
kerana dunia baginya adalah rumah sementara untuk menuju akhirat..
Muslimah solehah tidak pernah membazirkan masa..
matanya kepenatan kerana penat membaca..
suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir..
tidurnya lena dengan cahaya keimanan..
bangunnya subuh penuh kecergasan..
kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan..
Muslimah solehah sentiasa mengingati mati..
yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah..
yang menjaga matanya dari berbelanja..
yang tidak terpesona dengan buaian dunia..
yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya..
kerana dia mengimpikan syurga..
disitulah rumah idamannya..
dialah MUSLIMAH SOLEHAH..
0 ulasan on "**MUSLIMAH SOLEHAH**"
Catat Ulasan