Lima Perkara tersebut adalah:
1. Membaca Al-Quran dengan penuh khusyuk dan tawaduk serta menghayati kandungan dan maknanya.
2. Berpuasa sunat ataupun makan yang setakat cukup, yakni tidak menuruti hawa nafsu
3. Tekun beribadah di malam hari seperti qiamullail atau solat tahajud
4. Berusaha mendekatkan diri dengan sentiasa berzikir bagi mengingati Allah
5. Bercampur dan bergaul dengan orang-orang soleh dan alim ulama
Sumber: Penawar Bagi Hati Penenang Bagi Jiwa Jilid 2
pandangan dan pendengaran hanya
kepada apa yang boleh mengingatkan kita
kepada Allah. Takut pada-Nya dan untuk berbakti
pada-Nya. Antara langkah-langkah yang patut
diambil ialah:
1. Banyakkan membaca Al Ouran dan
terjemahan, hadis dan kitab- kitab serta buku-buku
agama termasuk majalah dan risalah yang
berunsur dakwah. Dalam masa yang sama elakkan
dari buku-buku khayal, majalah hiburan dan akhbar-
akhbar yang kosong dari kebenaran.
2. Selalu mengunjungi masjid, tempat pengajian
agama majlis dakwah, tahlil dan zikrullah dan
elakkan di tempat-tempat maksiat, majlis-majlis
sosial liar (percampuran bebas) dan keluar rumah
tanpa tujuan. Sebab di luar banyak pandangan dan
pendengaran lucah serta elakkan dari bergaul
dengan kawan yang mengajak kita kepada maksiat.
3. Menziarahi orang-orang soleh sebab melihat
mereka memberi kekuatan.
4. Ingat mati kerana selalu mengingati mati akan
melembutkan hati.
5. Elakkan dari menonton program TV yang tidak
berfaedah. Sekali kita relakan mata dan telinga
memandang dan mendengar perkara yang dikutuk
Allah, maka selama itu kita relakan nafsu kita
merajai hati kita untuk lalai dan tidak takut pada
penglihatan Allah. Lebih baik kita tidur dari
menonton TV. Nanti kita boleh bangun dengan
segar untuk menyembah Allah dan mendekatkan
hati pada-Nya.
0 ulasan on " "
Catat Ulasan