Jumaat, 8 April 2011

SITI FATIMAH BINTI RASULULLAH S.A.W

Dicatat oleh Nur di Jumaat, April 08, 2011
-Ketika SITI FATIMAH BINTI MUHAMMAD BIN ABDULLAH BIN ABDUL MUTHALIB BIN HASYIM BIN ABDUL MANAF BIN QUSAI BIN HAKIM(YG BERGELAR QILAB) BIN MURRAH BIN KAAB BIN LU'AI BIN GHALIB BIN FIHRIN BIN MALIK BIN NADHAR BIN KINANAH BIN KHUZAIMAH BIN MUDRIKAH BIN ILYAS BIN MUDHAR BIN NIZAR BIN MA'AD BIN A'DNAN BIN... ?????(maaf ana tidak tahu lagi selepas ini)????? BIN NABI ISMAIL BIN NABI IBRAHIM meninggal dunia,maka jenazahnya dibawa oleh saidina Ali,Hassan,Hussein dan Abu Zar AL Ghafari r.a. Ketika mereka telah meletakkan jenazahnya ditebing kubur, berkata Abu Zar "wahai kubur,tahukah engkau jenazah siapa yang kami hantarkan kepadamu ini? Beliau ialah siti fatimah al zahrah puteri Rasulullah dan isteri saidina Ali serta ibu Hassan dan Hussien". Maka mereka mendengar suara dari kubur "Aku bukannya tempat orang yang berkedudukan ataupun berketurunan.Aku ialah tempat amal2 soleh,dan tidak akan selamat daripadaku melainkan dia yang banyak amal kebajikkan,bersih hati serta ikhlas dalam beramal ibadah kepada ALLAH"

-satu hari ketika nabi ILYAS a.s sedang duduk,datang malaikat maut untuk mencabaut rohnya.maka nabi Ilyas pun susah hati dan menangis dengan sedihnya..bertanya malaikat maut "apakah erti tangisan ini ya nabi ALLAH??..jawab nabi Ilyas "aku susah hati kerana ketinggalan zikir kepada ALLAH.sebabnya setelah aku,akan ada sekelompok umat yang berzikir kepada ALLAH,sedangkan aku tidak dapat bersama mereka untuk berzikir kepadaNYA"..maka ALLAH telah mewahyukan kepada malaikat maut supaya tidak mencabut rohnya kerana beliau meminta hidup untuk berzikir kepadaKU dan tidak untuk kepentingan dirinya.

-Uthman bin Affan r.a bahawa sesungguhnya apabila dia melalui kuburan,maka beliau berhenti lalu menangis sehingga membasahi janggut beliau. Maka bertanya orang "Ya amirul mukminin,engkau ingat syurga dan neraka serta azabnya hari kiamat,tetapi tidak menangis,kenapa melihat kepada kubur engkau menangis??
jawab beliau "Rasulullah pernah bersabda 'kubur adalah tempat pertama dari beberapa tempat diakhirat dan temapt terakhir dari beberapa tempat didunia. Barangsiapa siapa selamat daripadanya maka apa2 sesudahnya akan lebih ringan dan barang siapa yang tidak selamat daripadanya,maka apa2 sesudahnya akan menjadi lebih dasyat...

Post by: Zul Nurain march 17 at 9:00am

0 ulasan on "SITI FATIMAH BINTI RASULULLAH S.A.W"

Catat Ulasan

Sebuah Pertemuan

Sebuah Pertemuan

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

 

Rufaydah Al-Aslamiyyah Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Sponsored by Blogger Template Gallery