Ahad, 20 Februari 2011

kasih sayang

Dicatat oleh Rufaydah Al-Aslamiyyah di Ahad, Februari 20, 2011 0 ulasan
kasih dan sayang~

by Alia Amirah Amir on Sunday, February 20, 2011 at 10:11am

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelaja...r : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah…apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

wallahualam~

Isnin, 7 Februari 2011

Di Antara Cinta dan Jihad, manakah yang didahului?

Dicatat oleh Rufaydah Al-Aslamiyyah di Isnin, Februari 07, 2011 0 ulasan
Post By Ummu Syafiyah

25 Januari 2011 di Group BSKI

Anak-anak zaman dunia yang semakin canggih banyak yang memilih untuk bercinta walaupun usia masih mentah, pegangan hidup masih goyah, ilmu & iman di dada hanyalah senipis kulit bawang.

Naluri untuk bercinta merupakan fitrah manusia, tetapi seandainya naluri dibiarkan mengikut kehendak nafsu akan parah jadinya. Akibat yang paling parah & padah lahirnya anak-anak luar nikah, mengikut perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara bilangan anak2 luar nikah telah mencecah lebih 74,723 dan yang paling menyedihkan 17.303 adalah anak luar nikah Melayu Islam.

Inilah akibatnya I LOVE YOU TOO MUCH, KERANA CINTA LAUTAN API SANGGUP KU RENANG, KERANA CINTA BUANG EMAK BUANG SAUDARA, KERANA CINTA RELA KU KORBANKAN SEGALANYA. Akibatnya segala-galanya memang terkorban, maruah diri, maruah keluarga, kerana cinta bukan saja buang emak buang saudara tapi zuriat yang tak berdosa pun turut dibuang. Inna lillahi wainna ilaihi rojiun. Memang betul anak-anak gadis "Melayu Mudah Lupa" dan si mamat Melayu pula lambat lepa. Segala-galanya bermula dengan cinta. Hanya sebuah cinta....!

Jom kita lihat, Generasi Al-Quran Yang Unik apabila usia meningkat remaja

11 tahun: Zaid bin Tsabit berhasil menguasai bahasa asing (Bahasa Yahudi) hanya dalam 17 hari
15 tahun: Abdullah bin Umar ikut dalam jihad pertamanya di Perang Uhud setelah sebelumnya di Perang Badar ditolak karena masih berusia 14 tahun
- Imam Syafi’i menjadi mufti
16 tahun: Zaid bin Tsabit ikut jihad pertama kali di Perang Khandak setelah ditolak pada Perang Badar karena usianya baru 12 tahun
18 Tahun: Usamah bin Zaid menjadi panglima perang melawan salah satu pasukan Romawi dan menang
- Aisyah menjadi guru besar bagi masyarakat sepeninggal Rasulullah yang berlangsung selama 47 tahun, setelah membuktikan diri menjadi pembelajar yang hebat pada usia 9-18 tahun
- Bukhari mulai menulis
22 tahun: Zaid bint Tsabit memimpin team pengumpulan mushaf al-Qur’an di masa kekhilafahan Abu Bakar
- Sultan Muhammad al-Fatih menjadi sultan Turki Utsmani
23 tahun: Umar bin Abdul Aziz menjadi gubernur Madinah

Kenapa kita dengan mereka jauh berbeza,
mereka utamakan jihad di jalan Allah dan kita utamakan cinta di simpang siur, mereka dididik dengan Al-Quran, kita dididik dengan pelbagai hiburan
mereka menghafal Al-Quran, kita menghafal lirik lagu
anak-anak mereka kenal & cintakan Allah, anak-anak kita kenal ultraman dan sukakan doraemon
anak-anak mereka sayang & cintakan Rasulullah s.a.w., anak-anak kita sirah Nabi pun malas dibaca

Mereka dengan kita bagaikan langit dengan bumi, mereka dijamin berada di syurga, kita di mana kelak? Jika kita mahu berada bersama mereka kita seharusnya mengutamakan jihad dan cinta di jalan Allah.

Post 24 Januari 2011 BSKI

Dicatat oleh Rufaydah Al-Aslamiyyah di Isnin, Februari 07, 2011 0 ulasan
Perkongsian dari Group FaceBook 'Berkasih Sayang Kerana Illahi (BSKI) - Hanya Untuk Muslimah Sahaja'
Post By Tira Mira

SALAM !! ,rakan2 sekalian dimohon untuk: Buka komputer/laptop anda pada direktori C:\Program Files\Microsoft Office\MEDIA\CAGCAT10, cari gambar bernama J0285926 . Anda akan temukan gambar Lambang/bendera zionis Israel lengkap (persis dengan warna aslinya) dengan lilin (sarana ibadah mereka). HAPUSKAN ! Gambar tersebut ada disemua PC di seluruh dunia.SEBARKAN SEMAMPUNYA

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Post By Sofea Az-Zahra'
Sedikit perkongsian buat sahabat sekalian..moga bermanfaat..
(Sedikit pandangan mengenai penggunaan perkataan 'SALAM')
http://balqissoleha.blogspot.com/2011/01/sedikit-pandangan-mengenai-penggunaan.html

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Post By Siti Norisma
Muslimah,

Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi, bukannya dicipta daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. Lantaran daripada ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Adakah semudah itu kau ingin menyerah diri pada sang kumbang?

Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagar duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian. Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi tarikan. Namun, lantaran pagaran duri yang berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang terjaga hinggakan ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.

Muslimahku sayang,

Akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah kejadian lelaki. Seandainya pakaian malu tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayang tidak berduri. Kau tidak layak dimahkotakan sebagai si mawar berduri.

Sesungguhnya Utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu.

‘Tidak ada fitnah yang lebih besar selepas wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita’. Adakah kau mahu penyebab terhumbannya lelaki ke neraka?

Ingatlah duhai muslimahku sayang,

Ingatlah bahawa ciri-ciri wanita yang solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan. Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara dirimu sebagai hadiah yang kudus,suci,mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan Allah buatmu.

Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan Allah, bertunjangkan ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan. Sesungguhnya wanita solehah menjadi idaman insan soleh bernama Adam.

‘wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik…’

Ya Allah jadikan kami bidadari syurga…

Ameen..

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Solat yang menjadi tunggak utama seorang mukmin juga merupakan perhentian atau R&R untuk manusia berehat dan merawat jiwanya. Malangnya kerana kesibukan akhirnya solat itu sendiri menjadi ibadah rutin yang kehilangan maknanya. Sedangkan solat itu umpama sebuah Madrasah Imaniyyah yang mendidik kita agar kita kenal diri kita dan meletakkan diri kita sesuai dengan kehendak Allah SWT.

Seharusnya kita ada 5 R&R bagi perjalanan jiwa kita setiap hari. Ya, perjalanan jiwa. kalau perjalanan dari Johor ke Perlis pun ada R&Rnya maka apatah lagi perjalanan kejiwaan kita yang sebenarnya lebih panjang dan memberi kesan besar kepada kehidupan kita. Kalau dalam perjalanan fizikal kita mungkin tersesat tetapi dalam perjalanan jiwa kita, kita lebih cenderung untuk tersesat. Bahkan sudah begitu ramai yang tersesat dan tersungkur ke lembah kehidupan yang kelam dari hidayah dan redha Allah SWT.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

"Carilah keredhaan Allah, kerana bersamanya adalah ketinggian dan kemuliaan hakiki. Manusia tidak lagi hanya memuji kita tetapi mencontohi kita serta menjadikan diri kita sebagai pembimbing kehidupan.

Jiwa kita tidak lagi takutkan kemiskinan atau terlarut dengan kekayaan.
Kita tidak lagi terkeliru dipersimpangan atau terkandas
dalam pelayaran kehidupan.

Kita merasa mulia ketika dihina manusia dan merasa diri ini kerdil ketika pujian dan sanjungan menghujani jiwa."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Post By Aroma Mawar Sufi
.:: MUTIARA KALBU ::.

Skali kaki melangkah di jalan ALLAH..jangan undur..
Biar masa berganti,
Aqidah jangan mati..
Biar zaman berubah,
Iktikad pd ALLAH jangan goyah.. (",)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Post By Ruuhul Hubbi Laila
Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Post By Cahaya Penawar
Dan setiap manusia telah Kami kalungkan (catatan) amal perbuatannya di lehernya. Dan pada hari Kiamat Kami keluarkan baginya sebuah kitab dalam keadaan terbuka. "Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada hari ini sebagai penghitung atas dirimu." (Surah Al-Isra', ayat 13-14)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Post By Wardah Safiah
اللهم صل على سيدنا مجمد وعلى آله وصحبه وسلم

~nnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn~

Jumaat, 4 Februari 2011

Aku Benci OKU! (Sila Baca Sampai Habis)

Dicatat oleh Rufaydah Al-Aslamiyyah di Jumaat, Februari 04, 2011 0 ulasan
Post By AzZahra' Al Faqih
23 Januari 2011 di Group BSKI

Saya benci perangai OKU. OKU ini dipandang rendah masyarakat. OKU buat kerja apa pun tak pernah sungguh-sungguh. Baru buat kerja sikit dah berhenti separuh jalan.
"Tak mampu," kata mereka.
Memanglah tak ada orang yang suka mahu ambil OKU untuk bekerja dengan mereka. Saya juga sarankan pada teman-teman semuanya supaya janganlah diambil OKU bekerja dengan anda. Mereka hanya bakal menyusahkan anda dengan mereka.

Merungut lebat, kerjanya lambat.
Ya, saya tahu OKU ni banyak kekurangan. Tapi kita yang lain ini juga serba kekurangan. Itukan fitrah manusia. Tiada yang sempurna.
Jadi apa jua dalih yang OKU beri, sama sekali tak boleh diterima!

Sudah malas, banyak pula alasannya.
Apa? Kalian kata saya kejam? Kurang sensitif? Kurang ajar? Kurang asam? Tak ada adab?
Sabar, sabar, sabar dulu...
OKU itu hanyalah satu gelaran, tapi gelaran itu bukanlah mutlak pada satu milikan.
OKU yang saya katakan bukanlah mereka yang tak berkaki tak bertangan. Tapi pada mereka yang kerjanya, hidupnya tiada kesungguhan. Mereka ini tidak lain tidak bukan, hanya mahu hidup bersenang-senangan tanpa mahu mengenal erti kepayahan.
Keliru? Masih rasakan saya zalim tak berhati perut?
Tak mengapalah. Kita semua ada pendapat sendiri. Ini pendapat saya. Kata-kata saya sendiri, dan saya bercakap ini melalui pengalaman dan dari apa yang saya perhati. Kalau kalian tak bersetuju, sila sahaja nyatakan. Tapi saya akan terus tetap dengan pendirian...
Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisi-Mu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redha-Mu; dan peliharalah penulisan ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agama-Mu.
OKU - Orang Kurang Usaha itu memang hanya menyusahkan!

Post 23 Januari 2011 BSKI

Dicatat oleh Rufaydah Al-Aslamiyyah di Jumaat, Februari 04, 2011 0 ulasan
Perkongsian dari Group FaceBook 'Berkasih Sayang Kerana Illahi (BSKI) - Hanya Untuk Muslimah Sahaja'

Post By Siti Norisma
"Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri." ~ Said Mustafa

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

"Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu.."

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

"Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu dengar."

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

"Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan." ~ Peribahasa Arab

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

"Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini."

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Kerana Sayang..... 

Jangan tinggalkan orang yang kita SAYANG 
untuk orang yang kita SUKA,

kerana orang yang kita SUKA 
akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka SAYANG.. 

Jangan cuba dapatkan apa yang kita SAYANG, 
tapi SAYANGlah dengan apa yang kita ada 
sebelum kita kehilangan apa yang kita SAYANG, 

kerana orang yang SAYANGkan kita 
mungkin orang yang sebenarnya kita SAYANG.. 

Lebih baik bersama dengan orang yang SAYANGkan kita
daripada orang yang kita SAYANG, 

kerana orang yang kita SAYANG 
mungkin hanya SUKAkan kita tanpa rasa SAYANG..

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Facebook umpama pisau.Diguna untuk membunuh datanglah dosa dan mala petaka.Jika dimanfaatkan untuk memotong sayuran dan ikan dapatlah pahala.Pilihlah dengan bijak
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Post By Sofea Az-Zahra'
"Tidaklah termasuk golonganku orang yang tidak menghormati yang lebih tua dan tidak menyayangi yang muda" (Shahih Shahihul Jami’ no. 5445, diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ath-Thabrani dari Ibnu Abbas)

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Tips-tips berurusan dengan lelaki
http://balqissoleha.blogspot.com/2011/01/tips-tips-berurusan-dengan-lelaki.html

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Sentuhan Antara Muslimah

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Post By Hamba Ilahi
assalamualaikum,
pagi ni ana baca satu bahagian dalam buku nota fikir untuk zikir
alhamdulillah
terbuka minda di pagi hari dan ingin berkongsi dengan kalian ^^

analoginya begini,
pabila kita makan masakan yang ibunda tercinta kita masak
kadang kala rasa sedap sangat!
kadang kala rasa terlebih garam
kadang kala rasa air gula dibuat dengan garam!

dan kita pula akan cakap,
'tak sedap la mama'
'terlebih garam ni umi'

tetapi kita perlu fikir balik
pabila ibunda kita memasakkan sesuatu untuk kita
harapannya apa?
masakan tu sedap,
semua orang suka makan
tetapi kadang kala hasilnya
tawar masin dan kurang rasa

kerna apa?
rezeki kita ini, Allah yang tentukan
ibunda kita telah berusaha bersungguh-sungguh nak masak yang terbaik
tapi kadang kala hasilnya tidak sperti yang diharapkan
kerna semuanya adalah ketentuan Ilahi

jadi pabila kita cakap makanan tu tak sedap
buah limau yang ayah beli di pasar masam
kita tak puas hati atau marahkan siapa sebenarnya ya?
adakah kita tidak suka dan marahkan dengan ketentuan Ilahi?

mari sama-sama kita muhasabah diri kita
buka minda kita
dan tanam dalam-dalam
apa jua yang berlaku setelah kita berusaha yang terbaik
ia adalah ketentuan Ilahi dan bukan manusia

jadi selepas ini kita perlu menghargai dan tidak memberi komen yang tidak baik kepada ibunda tercinta yang bersusah payah memasakkan makanan untuk kita malah kita perlu bersyukur dengan rezeki kurniaan Ilahi pada hari itu
alhamdulillah, ada lagi peluang nak makan ayam ^__^

moga kita ini sentiasa menjadi hambaNya yang bersyukur
terhadap segala nikmat kurniaan Ilahi

insyaAllah
amin ya Rabbi~ ♥ ~
moga Allah redha~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Post By Alia Amirah Amir
Indahnya ukhuwah ini dikala lupa ada yang mengingati,
Dikala silap ada yang menasihati,
Didunia jasad dan hatinya menemani,
Dikubur nanti pasti doanya mengiringi.
Kita tidak mencari sekelumit redha manusia,
Yang kita cari seinfiniti redha Allah.
Moga diberkati. Love U Fillah..
insyaAllah..^_^

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

jika kita diberi dua pilihan,,iaitu sebiji gula-gula yg berbalut dan sebiji gula-gula yang tidak berbalut,,gula-gula manakah yg menjadi pilihan kita?sudah tentu kita akan memilih gula-gula yang berbalut,,kerana ia masih terpelihara dari kotoran dan sebagainya..kita persis gula-gula tersebut,,jika kita menutup aurat kita,,bukankah elok dipandang dan insyaAllah kita juga akan terpelihara daripada sifat-sifat keji..wallahualam..sama-samalah kita mengambil pengajaran dan saling ingat mengingati antara satu sama lain..sesungguhnya kita bukan yg terbaik..

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Apa nak jadi dengan manusia,
semua benda nak kongsi bersama,
air segelas minum berdua,
konon setia katanya.
Yang lagi dahsyat,
berjalan kemana-mana pun nak berdua,
dah macam tak ada orang lain kat dalam ini dunia,
macam belangkas sentiasa berdua. 
Inilah bahana orang bercinta
bercinta tapi tak tau apa itu CINTA.
Inilah sekarang punya remaja,
maaf andai terkasar bahasa,
bukan mengutuk bukan mengata,
semuanya realiti benar belaka.
Ada yang kata cinta itu buta...betul ke?
Kalau buta dimana matanya?
Ada yang kata cinta itu gila...
macam-macam pengertian remaja,
pening kepala dibuatnya.
Lagi teruk yang kata cinta itu untuk sementara
untuk buat suka-suka,
untuk seronok-seronok saja
Ada yang kata cinta itu
C - cinta
I - itu
N - nikmat
T - tubuh
A - anda
tak ke melampau namanya?!
Manusia manusia...
Muda-muda dah gatal nak bercinta,
konon dah cukup remaja,
tapi makan pakai pun mak bapak yang jaga
dah tak tau nak cakap apa,
kalau ditegur bukannya nak dengar kata,
bila nasihat ada-ada saja jawapannya..
darah muda... macam tu la gayanya...
Mula-mula kenal sms dan chat saja,
bila dah lama kenal mulalah ajak berjumpa
dari berkawan jadi bercinta.
Bila dah bercinta...
Bila dah bercinta macam2 ragamnya,
sesaat tak berjumpa macam setahun lamanya,
itulah kata-kata manis si dia
Bila berjumpa nak berdua aja,
konon nak privasi katanya,
dia tak tau ada orang ketiga,
yelah benda tak nampak di mata.
Mula-mula bercinta semua cantik di mata,
yang panas pun sejuk katanya.
Manusia manusia...
Inilah permainan dunia...
benar kata orang cinta itu buta,
tapi kalau buta dimana matanya...
Inilah yang buat aku tertanya-tanya.
Cinta tidak akan datang kalau tak dicari,
cinta takkan dapat kalau tak diberi...
Betul ke?
Sukar untuk aku percaya...
Tapi inilah hakikatnya.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Ya Allah,,jika aku jatuh cinta,,
cintakanlah aku pada seseorang,,
yang melabuhkan cintanya kepadaMu,,
agar kekuatanku untuk mencintaiMu bertambah..

Ya Rabbana,,jika aku jatuh hati,,
jagalah hatiku padanya,,
agar tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Allah,,jika aku jatuh sayang,,
izinkanlah aku menyayangi seseorang,,
yang sayangnya tertaut padaMu,,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang nafsu cinta..

Ya Rabbabna,,jika aku rindu,,
maka rindukanlah aku pada seseorang,,
yang merindukan syahid di jalanMu..

Ya Allah,,jika aku menikmati cinta kekasihku,,
maka janganlah kenikmatan iu,,
melebihi kenikmatan indahnya bermunajat,,
di saat-saat sepertiga malam terakhirMu..

Ya Rabb,,jika aku jatuh hati pada kekasihku,,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh,,
dalam perjalanan panjangku menyeru,,
manusia kepada Mu..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Post By Ctiey KazuMi
*****uNtuKmu*****

Sahabat
Dalam kabut ku tercari-cari cahaya
Akhirnya ku temui sinar ceria diraut wajahmu

Andainya alam ini mampu berkata-kata
Pastilah pujian buat dirimu
Di waktu itu akulah yg bertuah
Punya sahabat sepertimu

Sahabat
Kau bimbing la ku menuju cahaya ilahi
Sahabat
Aku lemah mangharungi ranjau dunia

Sahabat
Aku ingin seperti mu dalam ketenangan
Menghadapi hidup ini

Sahabat ku bersyukur kerna mengenali dirimu
Ku harap moga kitakan bersama
Harungi segala suka duka
Moga kejayaan milik kita
Agar hidup menuju mulia 

~~~kumpulan durrani~~~~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Post By AzZahra' Al Faqih
ketegasan dalam melaksanakan perintah Allah S.W.T dan menghindarkan dari larangan Allah S.W.T itu adalah PERLU..

seringkali manusia berkata : "ish, mana boleh berubah terus, tak ikhlas"..

jika menyebut mengenai ikhlas, maka segala2 nya tidak ikhlas..

bahkan mengenai amal ibadah solah juga tidak ikhlas pada asalnya..adakah lahir sahaja seseorang itu, sudah ikhlas dia beramal ibadah pada Allah S.W.T? jawabnya TIDAK..

bahkan, Rasulullah S.A.W telah mengajar pada kita, bahawa ajarlah anak tersebut dgn amal ibadah terutama solah fardhu utk menyukainya sejak kecil lagi..apabila berusia 10 tahun, jika masih melalaikan solah fardhu, maka berilah nasihat, jika masih lalai juga, rotanlah ia sebagai peringatah..

apakah sebenarnya yang Rasulullah S.A.W mahu sampaikan? ia adalah merujuk kepada ikhlas..maka, ikhlas itu akan hadir dgn paksaan..

apabila kita memaksa utk menidakkan COUPLE itu, dgn selalu dekatkan diri dgn Allah S.W.T..insya Allah, Allah Tuhan Yang Maha Pemurah..keikhlasan utk meninggalkan larangan Allah S.W.T itu akan hadir..amin ya rabbi..

wallahua'lam..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Post By نور عتيقه زهره
makluman !

~nnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn~

Sebuah Pertemuan

Sebuah Pertemuan

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

Rufaydah Al-Aslamiyyah Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Sponsored by Blogger Template Gallery