Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraka'tu...
Ahli group terdiri daripada
Ukhti Sofea - Kak Long
Ukhti Syafiyah - Kak Ngah
Ukhti Farah - Kak Chik
Ukhti Aqilah - Kak Su
Sedikit latar belakang ahli group...
Ukhti Sofea, berasal dari Johor dan menetap juga di Johor. Dilahirkan pada 12 April 1985. Merupakan anak ke-5 dari 7 adik-beradik.
Ukhti Syafiyah, berasal dari Pulau Pinang dan sedang menyambung pengajian di salah sebuah Universiti di Terengganu. Dilahirkan pada 13 Mac 1989. Merupakan anak pertama dari 4 adik-beradik.
Ukhti Farah, berasal dari Perak dan masih menetap di Perak. Dilahirkan pada 19 Mei 1993. Merupakan anak pertama dari 5 adik-beradik.
Ukhti Aqilah, berasal dari Kuala Lumpur dan kini menetap di Perak. Dilahirkan pada 1 Ogos 1993. Merupakan anak ke-3 dari 4 adik-beradik.
Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra
Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama
Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku
Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa
Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama
Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan
Detik yang indah bersamamu temanku
Ku pasti suatu masa
Engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah
Untuk kenangan bersama