Jumaat, 8 April 2011

Doa Ibu Juraij & Ibu Alqomah

Dicatat oleh Nur di Jumaat, April 08, 2011
Doa Ibu Juraij

Juraij seorang pemuda yang soleh dan warak. Setiap hari dia menghabiskan masanya di sebuah pondok kecil untuk beribadat solat dan berzikir. Dia mempunyai seorang ibu yang sudah tua dan uzur. Ibu Juraij sangat memerlukan belas dan kasih saying dari anaknya, Juraij.
Diceritakan bahawa Juraij telah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap ibunya. Dia lebih mengutamakan ibadat sunat daripada patuh kepadanya ibunya yang sudah tua. Pada suatu hari, Juraij telah menunaikan solat sunat hingga berdiri lama. Tiba-tiba ibunya datang memanggilnya untuk berbuat sesuatu. Juraij telah mendengar panggilan ibunya tetapi dia tidak mempedulikannya. Pada hari yang berikutnya, Juraij solat lagi dan tiba-tiba ibunya memanggil lagi. Juraij mengetahuinya tetapi dia enggan memutuskan solatnya. Pada hari berikutnya juga sedemikian, Juraij merasa sayang untuk meninggalkan solat sunat yang dilakukannya.
Ibu Juraij merasa sangat hampa dan marah atas perbuatan Juraij. Lalu ibu Juraij berdoa kepada Allah:
“Ya Allah, janganlah matikan anakku itu sebelum bertemu dengan wanita pelacur.”
Dan pada suatu hari, seorang wanita cantik telah berusaha mahu menggoda Juraij. Wanita itu telah mendatangi pondok Juraij dengan berhias dan berpakaian mendedahkan auratnya. Wanita itu mengajak Juraij untuk bersuka-suka dan bergurau senda tetapi Juraij enggan melayannya. Wanita cantik itu merasa kecewa kerana gagal menggoda Juraij. Lalu wanita cantik itu telah berzina dengan seorang pengembala sehingga hamil.
Penduduk kampung telah gempar bila mengetahui wanita itu hamil. Mereka telah terpedaya dengan dakwaan wanita itu bahawa Juraij bertanggungjawab atas kehamilan itu. Mereka terkejut dan marah kepada Juraij lalu bersepakat mahu menghukumnya. Mereka datang beramai-ramai ke pondok dan memukul Juraij. Pondok juraij telah musnah dirobohkan.
Ibu Juraij merasa marah apabila mendapat tahu Juraij dipukul dan pondoknya dimusnahkan. Lalu ibu Juraij berdoa:
“Ya Allah, lepaskanlah anakku dari fitnah.”
Juraij telah dibicarakan di khalayak ramai. Sebelum itu, Juraij meminta izin untuk menunaikan solat sunat dan berdoa. Selesai solat, Juraij mendekati bayi itu. Lalu Juraij bertanya kepada bayi itu, “wahai bayi, siapakah sebenarnya ayahmu?” Tiba-tiba bayi kecil yang masih belum boleh berkata-kata itu menjawab, “ayahku adalah si polan seorang pengembala.”
Semua penduduk kampung sangat terkejut apabila mendengar jawapan bayi itu. Juraij tidak bersalah dan telah difitnah. Mereka meminta maaf kepada Juraij di atas kesilapan mereka.
______________________________________________________________________________________________________________

Doa Ibu Alqomah

Alqomah adalah seorang pemuda yang soleh dan rajin beribadat. Pada saat-saat kematiannya, Alqomah tidak dapat mengucapkan kalimat La ilaa ha ilallah. Para sahabat berasa sangat bimbang dan berusaha mengajar Alqomah agar dapat mengucap kalimat tauhid tetapi gagal. Lalu Bilal bin Rabbah pun memberitahu hal tersebut kepada Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w bertanya “hai Bilal, apakah bapa Alqomah masih hidup?” jawab Bilal “tidak, bapanya sudah meninggal.” Lalu Rasulullah s.a.w menyuruh Bilal supaya memanggil ibu Alqomah dengan segera.
Setelah ibu Alqomah sampai, Rasulullah s.a.w pun bertanya, “bagaimana keadaan Alqomah?” Ibu Alqomah menjawab, “Alqomah sangat rajin beribadat, mendirikan solat, berpuasa dan banyak bersedekah.” Rasulullah s.a.w bertanya lagi, “apa hubungan kamu dengannya?” Ibu Alqomah menjawab, “aku sangat marah kepadanya.” Lalu Rasulullah s.a.w bertanya, “apa sebabnya?” Ibu Alqomah menjawab, “dia lebih mengutamakan isterinya sehingga dia selalu membantah kemahuanku.”
Rasulullah s.a.w menyuruh ibu Alqomah agar meredhai anaknya Alqomah. Ibu Alqomah tidak mahu meredhainya sehingga Rasulullah s.a.w membuat keputusan untuk membakar Alqomah. Lalu para sahabat pun mengumpulkan kayu api untuk membakar Alqomah. Melihat demikian, ibu Alqomah merasa sedih dan tidak tergamak membiarkan anaknya dibakar.
Rasulullah s.a.w berkata: “wahai ibu Alqomah, siksa Allah itu lebih berat dan kekal. Jika kamu mahu Allah mengampuninya, hendaklah engkau meredhainya.” Lalu ibu Alqomah pun berdoa:
“Ya Rasulullah, aku persaksikan kepada Allah di langit dan engkau Ya Rasulullah dan mereka yang hadir di sini bahawa aku redha kepada anakku Alqomah.”
Selesai ibu Alqomah berdoa, semua orang telah menyaksikan keadaan Alqomah yang sedang uzur. Akhirnya, Alqomah dapat menuturkan kalimat , “La ilaa ha ilallah.” Alqomah meninggal dunia di dalam keredhaan ibunya dan terselamat dari siksaan neraka.

Post by: Nor Dhervina March 8 at 11:34am

0 ulasan on "Doa Ibu Juraij & Ibu Alqomah"

Catat Ulasan

Sebuah Pertemuan

Sebuah Pertemuan

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

 

Rufaydah Al-Aslamiyyah Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Sponsored by Blogger Template Gallery