Jumaat, 8 April 2011

~Sebuah Renungan dan Muhasabah Diri ~

Dicatat oleh Nur di Jumaat, April 08, 2011 0 ulasan

Sahabat fillah yg dikasihi Allah...

Dunia itu hanyalah bayangan yang tidak lama lagi akan hilang.

Dunia hanyalah setitis air bila dibandingkan lautan luas tak bertepi.

Sebanyak apapun yang engkau rengkuh di di dunia ini,

Maka ia hanya setitis dari lautan luas di bumi.

Oh tidak, bahkan kurang dari setitis.

Kerana setitis itu adalah untuk dunia seluruhnya,

Sementara engkau tak memiliki dunia seluruhnya.

Celakalah engkaua yang menyangka dunia ini adalah segala-galanya.

Sehingga kita mengorbankan apa saja untuk mendaptkannya.

Ingatlah, dunia yang kita lihat gemerlap ini

Hanya bayangan...

Hanya setitis air...

Hanya beberapa nafas...

Hanya beberapa tahun...

Dan setelah itu...

Kita akan memasuki gerbang keabadian.

Di sana hanya amalanmu...

Yang berguna untuk menggapai kebahagiaan.

Menuju syurga yang dijanjikan...

Yang kenikmatannya...

Tak pernah disaksikan oleh pandangan mata siapapun,

Tak pernah didengarkan oleh telinga siapapun jua,

Dan tak pernah terbetik dalam fikiran dan hati makhluk manapun.

Tapi, di sinilah, di dunia inilah kita menyemainya.

Dunia ini adalah ladang akhiratmu.

Di sinilah sumber kebahagiaan dan keberuntunganmu di akhirat.

Hanya di sini kita diizinkan oleh-Nya...

Untuk mengumpulkan bekal yang menguntungkanmu di sana.

Kalau saja kita tahu,

Dunia inilah yang selalu menjadi angan-angan...

Para penduduk Syurga dan Neraka untuk kembali ke dunia.

Tentang penghuni syurga yang mengangankan kembali ke dunia,

‘Abdullah ibn Mas’ud radhiallahu ‘anhu meriwayatkan :

“ Sesungguhnya para syuhada’ itu bagaikan burung-burung hijau yang lepas bebas di syurga ke mana saja ia mahu. Kemudian ia akan kembali pada pelita-pelita yang bergantungan di ‘arsy. Dan ketika mereka berada dalam keadaan seperti itu, muncullah Rabb mereka di hadapan mereka seraya berkata : “Wahai hamba-hambaKu, mintalah kepadaKu apa saja yang kalian inginkan !”.

Mereka pun berkata : “Wahai Rabb kami ! Kami meminta padaMu agar Engkau mengembalikan ruh kami ke dalam jasad kami, lalu Engkau kembalikan kami ke dunia hingga kami dibunuh sekali lagi di sana (di jalanMu).”

Maka tatkala Allah melihat bahawa mereka tidak meminta selain hal itu, Dia pun meninggalkan mereka.” ( HR. Muslim)

Allah Ta’ala berfirman tentang penghuni Neraka :

“Dan jika kamu (Muhammad) melihat ketika mereka dihadapkan ke neraka, lalu mereka berkata : “Kiranya kami dikembalikan (ke dunia) dan tidak mendustakan ayat-ayat Tuhan kami serta menjadi orang-orang yang beriman”, (tentulah engkau –Muhammad- akan melihat suatu peristiwa yang memilukan.” (QS. 6 : 27)

Dalam ayat lain dikatakan :

“Dan mereka (para penghuni neraka) itu berteriak di dalam neraka itu : “Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami (ke dunia), niscaya kami akan mengerjakan amal yang soleh berbeza dengan dahulu telah kami kerjakan.” (QS. 35 : 37)

Sungguh jauh perbezaan antara kedua angan-angan itu.

Sama-sama berangan untuk kembali demi melakukan amal soleh.

Namun yang satu kerana merasakan dahsyatnya seksa neraka,

Sementara yang lain kerana telah merasakan ni’mat yang tiada tiara.

Ada baiknya kita yang masih di dunia,

Membayangkan kenikmatan syurga ...

Agar lebih berusaha keras untuk melaksanakan perintah-Nya

Dan beramal sunnah untuk menaikkan darjat di syurga.

Juga membayangkan dahsyatnya seksa neraka...

Agar lebih berusaha keras menjauhi dosa larangan-Nya

Dan menjauhi sesuatu yang sia-sia.

Seorang salaf bernama Ibrahim At Taimy rahimahullah pernah mengatakan :

“Aku membayangkan diriku berada di dalam syurga, memakan buah-buahnya, memeluk bidadari-bidadarinya yang perawan dan menikmati segala kenikmatannya. Lalu aku berkata kepada diriku sendiri : “Wahai diriku ! Apa sesungguhnya yang engkau angan-angankan saat ini ??”.

Ia menjawab : “Aku mengangankan untuk dikembalikan ke dunia agar aku dapat menambah amal-amal yang menyebabkan aku mendapatkan semua nikmat ini.”

”Lalu aku membayangkan diriku di dalam neraka. Dibakar dengan apinya yang menyala-nyala. Dipaksa untuk meminum air hamim-nya yang dipenuhi darah dan nanah. Dan memakan buah zaqqum-nya yang menjijikkan.”

Maka aku berkata pada diriku sendiri : “Apakah yang engkau inginkan saat ini ??”

Ia menjawab : “Aku ingin dikembalikan ke dunia lagi agar aku dapat mengerjakan amalan yang dapat menyelamatkan aku dari siksaan yang mengerikan ini.”

(Setelah membayangkan itu semua), akupun berkata pada diriku sendiri :

“Wahai diriku ! Engkau telah mendapatkan angan-anganmu itu. (Kini engkau masih berada di dunia), maka segeralah beramal !”.

Sahabat fillah yg dikasihi Allah

Sedarilah bahawa masa hidup kita sungguh terbatas.

Nafas kita hanya berbilang.

Setiap tarikan dan hembusan nafas...

Tak lebih dari sebuah pertanda...

Bahawa usia kita di dunia telah berkurang.

Sungguh sangat singkat usia duniawi kita ini.

Kerananya...

Setiap potongan bahkan setiap bahagian terkecilnya

adalah permata yang tak ternilai dan tiada bandingnya.

Ingatlah...

Bahawa dengan kehidupan yang singkat ini...

Akan terjadi sebuah kehidupan yang abadi,

Abadi dalam kenikmatan

Atau abadi dalam azab yang penuh pedih-perih.

Bila kita mencuba membandingkan

Kehidupan dunia ini dengan kehidupan akhirat,

Akan sedarlah kita...

Bahawa setiap nafas itu berbanding lebih besar

daripada beribu-ribu tahun di akhirat,

Entah itu dalam kenikmatan yang tak berbatas atau sebaliknya.

Kerananya jangan sia-siakan permata umurmu...

Tanpa melakukan suatu amalan kebaikan.

Jangan engkau biarkan ia pergi...

Tanpa mendapatkan balasan yang setimpal.

Untuk menaikkan darjatmu di syurga

Atau menjauhkanmu dari siksa neraka.

Bersungguh-sungguhlah...

Agar setiap tarikan nafasmu tak pernah kosong...

Dari kesolehan dan taqarrub padaNya.

Sebab jika engkau kehilangan sebutir permata duniamu,

Betapa sedihnya hatimu…

Apalagi jika yang hilang adalah permata akhiratmu ?

Bagaimana mungkin engkau sanggup menyia-nyiakan,

Dan membuang detik-detikmu begitu saja ?

Bagaimana mungkin engkau ‘tenang-tenang’ saja,

Padahal semakin banyak jejak-jejak usiamu di dunia ini yang terhapus ?

Bayangkanlah jeritan penyesalan para penghuni neraka itu.

Air mata darah sekalipun tak brguna untuk kembali ke dunia.

Sahabat fillah yg dikasihi Allah

Kini, aku dan kau masih di sini.

Ye, masih di dunia fana ini.

Tempat kita menyemai tanaman akhirat.

Maka marilah kita segera bertaubat dan beramal

~Nurmujahiddah Solehah~

Post By: Nurmujahiddah Solehah February 25 at 5:39pm

Bab Mas kahwin, Mengajar Al Quran Serta Sebentuk Cincin Besi Dan Selain Daripada Itu Benda Benda Yang Berharga Boleh Dijadikan Mas kahwin Malah Digala

Dicatat oleh Nur di Jumaat, April 08, 2011 0 ulasan

Hadis Sahl bin Saad r.a:

Pada satu ketika seorang perempuan datang berjumpa Rasulullah s.a.w seraya berkata: Wahai Rasulullah! Aku telah datang untuk menyerahkan diriku kepadamu. Lalu Rasulullah s.a.w memandang kepadanya sambil mendongak kepadanya dan memerhatikan dengan teliti kemudian baginda mengangguk-anggukkan kepalanya. Apabila perempuan itu mendapati Rasulullah s.a.w diam tanpa memberi keputusan, perempuan itu segera duduk, lalu bangunlah seorang sahabat dan berkata: Wahai Rasulullah! Sekiranya kamu tidak ingin mengahwininya kahwinkanlah aku dengannya. Rasulullah s.a.w segera bertanya: Adakah engkau memiliki sesuatu yang boleh dijadikan mas-kahwin. Sahabat menjawab: Tidak ada! Baginda bersabda: Pulanglah menemui keluargamu mencari sesuatu yang boleh dijadikan mas-kahwin. Lantas sahabat tersebut pulang, kemudian beliau kembali menemui Rasulullah s.a.w dan berkata: Demi Allah! Aku tidak menjumpai apa-apa pun yang boleh dijadikan mas-kahwin. Maka Rasulullah s.a.w berkata lagi: Carilah walaupun sebentuk cincin besi. Lalu sahabat tersebut pulang dan datang kembali serta berkata: Wahai Rasulullah! Demi Allah aku tidak menjumpai apa-apa walaupun sebentuk cincin besi, tetapi aku hanya memiliki kainku ini iaitu kain yang hanya boleh menutupi bahagian bawah badannya (Sahl berkata: Sahabat ini tidak mempunyai pakaian yang menutup bahagian atas badan) maka aku berikannya kepada perempuan tersebut. Rasulullah s.a.w berkata: Apa yang engkau boleh buat dengan kain engkau itu, sekiranya engkau memakai kain itu. Perempuan tersebut tidak dapat memakainya walaupun sedikit. Apabila dia memakai kain tersebut engkau tidak mempunyai apa-apa untuk dipakai. Sahabat itu duduk sehinggalah sekian lama kemudian bangun. Rasulullah s.a.w memandang kepadanya seterusnya dia beredar dari situ. Setelah itu Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya dia dipanggil. Apabila sahabat tersebut sampai, Rasulullah s.a.w bertanya: Apakah yang engkau miliki daripada Al-Quran? Sahabat tersebut menjawab: Aku hafaz surah itu dan surah ini. Sahabat berkenaan menghitungnya, Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Adakah engkau membacanya secara hafalan? Sahabat tersebut menjawab: Ya! Rasulullah berkata: Pergilah! Engkau telah memilikinya bermas-kahwinkan ayat atau surah Al-Quran yang engkau hafaz.

~Sahih Muslim: 2554

Hadis Anas bin Malik r.a:

Bahawa Rasulullah s.a.w telah melihat di kepala Abdul Rahman bin Auf kesan kuning, lalu baginda bertanya: Kesan apakah ini? Abdul Rahman menjawab: Wahai Rasulullah aku telah berkahwin dengan seorang perempuan bermas-kahwinkan satu nawah iaitu timbangan sebanyak lima dirham emas. Rasulullah mendoakan keberkatan untuk Abdul Rahman bin Auf dan berkata: Buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing.

~Sahih Muslim: 2556

Sumber: http://www.mymasjid.net.my/sahih-muslim/bab/466


Post By: Sofea Az-Zahra' February 26 at 7:08pm

Sabtu, 2 April 2011

Dicatat oleh AzZahra' Al Faqih di Sabtu, April 02, 2011 0 ulasan
"Dan syaitan berkata ketika perkara (hisab) telah diselesaikan, "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekadar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku tidak dapat menolongmu, dan kamu pun tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu. "Sungguh, orang yang zalim akan mendapat siksaan yang pedih".

Sebuah Pertemuan

Sebuah Pertemuan

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

 

Rufaydah Al-Aslamiyyah Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Sponsored by Blogger Template Gallery