Khamis, 31 Mac 2011

Hati

Dicatat oleh Rufaydah Al-Aslamiyyah di Khamis, Mac 31, 2011
Apa khabar iman dan 'amal? Apa khabar hati? Teringat ana lagu kumpulan Hijaz

"Hati tempat jatuhnya pandangan Allah..."

Em... Jika dilihat maksud tersirat disebalik yang tersurat pada lagu ni... perlulah kita soroti dan muhasabah diri... Bagaimana keadaan hati kita? iman kita? Sihat? Demam? Demam panas? Kronik? ke hampir sembuh dari "serangan virus dosa"?

“Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabannya” (Al-Isra’[17]:36)

Ketahuilah bahawa pegangan 'aqeedah yang teguh adalah menjadi senjata yang ampuh dalam mendepani segala macam ujian yang sentiasa terbentang di hadapan mata kita... Pegangan 'aqeedah yang kuat insha'Allah bisa melahirkan individu muslim yang kuat keimanannya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan secara tidak langsung ini memberi impak yang besar kepada pembentukan keluarga muslim yang sentiasa berada dalam sakinah (ketenangan). Keadaan ini juga mampu memberi sumbangan yang besar dalam melahirkan generasi yang berakhlaq mulia seterusnya dapat mewujudkan negara yang aman damai.

Percayalah! Keadaan ini telah terbukti di zaman pemerintahan Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SollaLlahu 'alaihi wa sallam di Madinah yang pada asalnya bernama Yathrib kemudian ditukar namanya kepada Madinah Al-Munawwarah (Kota Bercahaya). Bagaimana Baginda berjaya mentadbir Madinah yang pada ketika itu penduduknya terdiri daripada bangsa Arab dan juga Yahudi. Negara aman damai. Baginda SollaLlaahu 'alaihi wa sallam mampu mentarbiyyah sahabat-sahabat Baginda sehingga menjadi insan yang sangat teguh dalam mempertahankan 'aqeedah dan menegakkan deenullah. Hasilnya, negara aman damai.

Hati yang penuh dengan taqwa, suci dari akhlak-akhlak yang tidak baik, maka hati yang begini bersinar pada akal dalam berfikir pada yang baik-baik dan menyebabkan pula terbuka sinar matahati, sehingga hati selalu melihat segala sesuatu yang baik-baik dan diredhai oleh Allah. Apabila hati telah suci dari segala penyakitnya, maka dekatlah hati kpd Allah, dgn mensyukuri nikmat-nikmatNya. Sabar dan takut kepadaNya serta mengharapkan kasih sayangNya, rindu dan bertawakkal kepadaNya dan lain-lain sebagainya. Pada waktu itu barulah hati kita tenteram, tenang dan tidak kacau-bilaukan atau digelisahkan oleh persoalan-persoalan duniawi. Berfirman Allah s.w.t. dalam Al-quran:

"Orang-orang yang beriman itu hati mereka menjadi tenteram kerana mengingat Tuhan. Ingatlah, bahawa dengan mengingat Tuhan itu, hati menjadi tenteram. Orang-orang yang beriman dan mengerjakan perbuatan baik, mereka memperoleh untung baik dan tempat kembali yang utama." (Ar-Ra'ad: 28-29)

sama2 kita muhasabah diri...dan check balik hati kita , iman kita...wallahu a'lam.

Post By: Nurmujahiddah Solehah February 22 at 10.11 p.m.

0 ulasan on "Hati"

Catat Ulasan

Sebuah Pertemuan

Sebuah Pertemuan

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

 

Rufaydah Al-Aslamiyyah Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Sponsored by Blogger Template Gallery